Bergelar seorang ibu tunggal dan membesarkan anak-anak adalah sebuah perjalanan yang sukar. Itulah apa yang dilalui oleh pelakon jelita, Rita Rudaini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Benda Yang Saya Ingat, Anak Sulung Saya Dikatakan Bukan Anaknya’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Yang Tanggung Mereka, Segala-Galanya Saya Rempuh Sahaja’ – Rita Rudaini
Kesedihan Rita
@suarasarawak
Menerusi temu bual bersama Suara Sarawak, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar berkata, bukan mudah untuknya melalui fasa kesusahan dalam hidup.
Orang nampak saya kuat tapi saya manusia biasa.
Ada masa saya lemah. Bila saya penat bekerja saya akan mengimbas kembali kesusahan saya. Masa itulah saya rasa terlalu letih dan saya akan menangis tapi senyap-senyap.
Orang tak tahu bila saya menangis, anak-anak pun tak tahu.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, menangis adalah salah satu cara untuk dia melepaskan kesakitan yang dialaminya meskipun tiada siapa yang mengetahui.
Itu cara lepaskan. Kadang-kadang saya kena menangis juga.
Saya ini susah menangis, tapi perlu juga untuk saya lepaskan. Kalau tidak saya suka simpan. Kadang-kadang sampai satu masa benda-benda kecil pun saya boleh marah, sebab saya simpan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi kekuatan yang dimiliki pelakon filem Mami Jarum tersebut.
Dalam masa yang sama mereka juga menjadikannya sebagai seorang ibu contoh kerana tabah membesarkan anak-anak walaupun terpaksa menempuh dugaan besar.
Rita ni seorang yang kuat. Kalau tak, dia tak dapat lalui dugaan dia dengan tabah dan dapat membesarkan anak-anak. Hormat sangat dekat dia.
Ini contoh wanita yang kuat, tak mementingkan keinginan sendiri demi anak-anak.
Nampak kesedihan dan penat di mata Rita. Semoga dipermudahkan segala urusan Rita.
Sumber: TikTok Suara Sarawak