Anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda tampil menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia menggunakan pengaruh ibunya untuk mendapatkan peluang dalam industri lakonan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Dakwa Tak Dapat RM200,000 – ‘Anak-Anak Dicaci, Kami Tidak Ada Kereta Mahal’

Artikel Berkaitan: Netizen Nasihat Anak Norish Karman Cari Kerja, Kongsi Tempat Tengah Ambil Pekerja – ‘Sementara Ibu Dah Okay ..’

Amanda tak guna pengaruh ibu

Menerusi podcast bersama Audio+, Amanda menegaskan bahawa sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, dia tidak pernah menggunakan ‘kabel’ atau pengaruh ibunya untuk mendapatkan sebarang watak.

Ya, ramai juga cakap macam itu dekat I. ‘Yalah, anak Norish Karman memanglah dapat role’. Tapi sebenarnya kalau I nak guna kabel my mom, dah lama dah boleh guna kabel my mom. 

Tapi my mom takkan pernah bagi kabel-kabel macam ini. She doesn’t believe in using cable. She believes in ‘you nak sampai situ, you do things to earn it’, lah.

Amanda turut berkongsi bahawa ibunya tidak pernah meminta mana-mana produksi mengambilnya berlakon. Sebaliknya, dia perlu melalui proses uji bakat seperti pelakon lain.

Memang that time she just said, ‘go for the audition’. Kalau ikutkan, dia boleh je cakap, ‘yes you can take my daughter’, tapi dia tak. 

Dia suruh saya pergi audition. Kalau tak, buat apa saya pergi audition, kan? I did went through like everyone else. Kena queue, kena tunggu and see if saya layak ke tak.

Mengulas lanjut, Amanda mengakui dia pernah merasakan dirinya tidak cukup bagus sekiranya terpilih kerana sering membandingkan kemampuan lakonannya dengan kredibiliti ibunya yang sudah lama bertapak dalam industri.

Dan sebenar-benarnya after the audition, saya tahu saya tak layak. Saya rasa macam saya tak sehebat Norish Karman. Jadi, kenapa dalam ramai orang yang ada, dorang nak pilih saya?

But it turns out that because even in the scene, saya tunjuk scene marah, scene sedih. Mungkin dari situ dorang nilaikan saya boleh letakkan diri saya dalam pelbagai situasi dan emosi.

Sumber: Instagram Audio+