Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz akui keutamaannya memilih bakal suami adalah lelaki dari luar negara.

Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akui Suami Senang Mendalami Islam Tanpa Tekanan

Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Nafi Dah Tak Berhijab, Minta Kebenaran Suami Pakai Topi – ‘Bukannya Aku Buka Baju, Tudung’

Lelaki melayu bukan pilihan utama

Menerusi sebuah sesi temu bual, Sasha dilihat menjawab beberapa soalan mengenai rumah tangganya bersama suami, Daily Doseof Liu.

Menurut Sasha, dia sentiasa mengimpikan perkahwinan berlainan agama.

Keutamaannya saya dari dulu memang nak kahwin dengan orang luar.

Saya tak nak kahwin dengan orang Malaysia.

Berkongsi lebih lanjut, Sasha menyatakan bahawa keluarga menerima segala keputusan dengan hati terbuka.

Keluarga kami sangat terbuka.

Selagi saya bahagia, mereka okay saja.

Untuk info, Sasha telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dipercayai berasal dari Australia yang dikenali sebagai Daily Doseof Liu. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Isabella Liu dan Rose Liu.

Difahamkan Daily telah menukar agama asalnya dan memeluk Islam untuk bernikah dengan Sasha.

Sumber: TikTok @naseehatbooks