![[VIDEO] ‘Saya Menyesal Suntik Filler, Kos Nak Buang Sama Macam Bayar Downpayment Kereta’ – Watie Sadali](https://media.ohbulan.com/2025/03/watie-dagu-224.jpg)

Pelakon Watie Sadali, mendedahkan dia telah membuang ‘filler’ pada bahagian dagunya selepas beberapa tahun melakukan prosedur suntikan itu.
Artikel Berkaitan: Watie Sadali Dedah Joey Tak Benarkan Masuk GV Sebab Memalukan Diri – ‘Yang Menonton Berjuta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Joey Daud Kongsi Detik Pertama Kali ‘Dating’ Berdua Dengan Watie – ‘Saya Yang Ajak Keluar, Tapi Dia Kerek & Jual Mahal’
Kos tinggi

Ketika ditemui OhBulan!, Watie atau nama lengkapnya Norwati Sadali, menyesal dengan tindakan tersebut berikutan ia memberi perubahan ketara pada wajahnya.
Aktres berusia 48 tahun itu juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuang ‘filler’ berkenaan.
Ketika ini saya tidak buat apa-apa perubahan pada wajah, cuma saya ada buang filler pada bahagian dagu.
Saya menyesal kerana elok sahaja dagu saya, tapi saya terikut-ikut orang dan tak fikir panjang dulu. Sekarang, nak buang mahal beribu kosnya, harga sama macam nak bayar downpayment kereta.
Benda (filler) itu makan teruk, kerana campur dengan yang tak asli. Jadi bila guna yang palsu dekat muka, lama-lama dagu saya jadi panjang dan buruk seperti witch (ahli sihir).
Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa StarVendors di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya pada Rabu.
Bersyukur selalu
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, pelakon drama Bawah Payung Awan itu menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya melakukan prosedur kecantikan di pusat rawatan yang tidak bertauliah.
Nasihat saya, tolong bersyukur dengan wajah yang ada, kalau nak buat pergilah ke tempat yang betul, jangan ke tempat yang murah nanti jadi buruk.
Sehingga kini saya perlu berjumpa doktor berkali-kali untuk buang, doktor cakap saya bernasib baik sebab saya buat dekat dagu sahaja kalau tempat lain memang lebih teruk.
@ohbulanofficial Semoga kita semua dapat iktibar 🙏#fyp #ohbulan #news #watiesadali #buang #filler #sama #kos






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
