berita

[VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini

August 8th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Diana Danielle & Farid Kamil Capai Kata Sepakat Selesai Kemelut Rumah Tangga Secara Menyeluruh

Peguam yang mewakili pelakon, Diana Danielle memberitahu anak guamnya telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang

Selesai secara menyeluruh

Farid Kamil & Diana Daniell Capai Kata Sepakat

Menurut peguam yang mewakili Diana iaitu, Datuk Akberdin Abdul Kader, kedua-dua belah pihak telah berbincang mengenai semua kes yang berkaitan pasangan tersebut termasuk perceraian.

Keputusan bagi permohonan kami inter-parte hak penjagaan anak-anak, kedua-dua belah pihak telah berbincang mengenai semua kes-kes yang berkaitan Diana dan Farid termasuk perceraian dan sebagainya.

Kita dah sediakan satu perjanjian penyelesaian. Kedua-dua belah pihak telah masukkan semua terma-terma untuk selesaikan kes ni secara menyeluruh.

Tadi kita telah maklumkan kepada hakim bahawa kita telah mencapai satu penyelesaian. Ada sikit fine tuning. Kita akan buat dan datang balik ke mahkamah sini pada 21 Ogos nanti untuk rekod terma-terma persetujuan.

Tambah Akberdin, pihaknya akan meneruskan dengan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Khamis ini.

Pada Khamis ni InsyaAllah kita akan teruskan dengan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Subang Bestari yang telah difailkan oleh Diana.

Di sini (Mahkamah Tinggi Syariah) kita tangguh dulu. Jadi hakim tak bagi keputusan ini sebab kita nak selesaikan secara menyeluruh. Jadi kita tak mahu pertikaikan apa-apa lagi.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Laporan media menyebut, alasan diberi pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Video

@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipermudahkan ????#OhBulan #fyp #news #dianadanielle #faridkamil ? original sound – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×