Gambar sekadar hiasan
Rata-rata ramai individu berdepan dengan masalah kesihatan mental ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 berlaku.
Artikel Berkaitan: Suami Isteri Campak Bayi 3 Bulan Dalam Perigi, Tak Tahan Asyik Nangis & Sering Sakit
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Dengar Tangisan, Ibu Campak Bayi 10 Bulan Dalam Sungai
Luahan hati seorang ibu
@kool101my Sangatlah besar dugaan yang dihapadi Aisyah ini. Kita yang dengar ni pun turut terasa kritikalnya juga. ?? Zaman PKP dulu memang zaman yang sangat mencabar bukan Aisyah sahaja malah seluruh Malaysia menghadapi benda yang sama dan ramai juga yang breakdown ketika PKP dulu. Berhadapan dengan situasi kritikal ni kita tak boleh nak jangka pun kan, tiba-tiba berlaku di saat kita belum bersedia dan dengan situasi kritikal ni lah kita belajar untuk berjaga-jaga. Catch up PM Kool 101 di aplikasi AUDIO+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PMKool101 #SemasaDanSosial
Menerusi perkongsian radio Kool 101, seorang pemanggil yang dikenali sebagai Aisyah menceritakan tentang tekanan yang dialaminya semasa PKP.
Menurut Aisyah, dia pernah bertindak diluar jangkaan sehingga menyakiti anaknya.
Dua minggu pertama PKP sangat mencabar mental saya. Saya rasa itu agak kritikal sebab saya ada rasa nak bunuh diri kerana saya perlu uruskan anak saya seorang diri.
Saya punya kritikal tu sampai saya pernah tercampak anak, padahal dia terkencing dalam seluar je.
Rentetan kejadian itu, anaknya mengalami trauma dan menolak untuk mendekatinya manakala Aisyah pula menyalahkan dirinya sendiri.
Dia menggigil sampai tak bercakap dengan saya sebulan. Saya teringat sampai sekarang muka dia (anak).
Ketika itu saya sangat perlukan sokongan, saya tak dapat nak jumpa mak walaupun dekat Kajang.
Pada masa itu masih sedikit kesedaran tentang masalah kesihatan mental dan agaknya kita simpan sehingga ia menjadi trigger untuk semua benda.
Stres yang teruk telah menjadi punca rumah tangga Aisyah goyah sehingga hampir berpisah dengan suaminya. Bagaimanapun dia bersyukur apabila perkahwinannya masih dapat diselamatkan.
Bila cerita dengan suami dia tak boleh nak buat apa sangat, biasalah dia minta saya untuk bersabar. Dari segi kewangan pula, suami saya pun sebelum dapat pekerjaan baru dia telah dibuang kerja atas sebab syarikat itu akan ditutup.
Kami pun hampir bercerai ketika itu. Tapi Alhamdulillah tahun ini tahun ke-10 kami bersama dan nak masuk anak empat, kewangan pun makin stabil.
Jika ditanya macam mana saya tangani, bunuh diri itu memang berdosa besar. Itulah yang menyebabkan saya kuatkan diri saya.
Sumber: TikTok Kool 101