berita

[VIDEO] ‘Saya Rasa Sesak Nafas Macam Dalam Kubur, Memang Menakutkan’ – Syatilla Melvin

January 10th, 2024 | by Alia
Kini Trending

syatilla mri

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi pengalamannya ketika dimasukkan ke dalam mesin Pengimejan Resonansi Magnetik (MRI) di sebuah hospital baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Disahkan ‘Slip Disc’ – ‘3 Hari Tak Boleh Gerakkan Leher, Ingatkan Sakit Urat Biasa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Momen Anak-Anak Syafiqa Melvin Bawa Cincin – ‘Part Usap Pipi Tu Terus Menitik Air Mata’

Ruang sangat kecil & menakutkan

syatilla mri

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Mirol Melvin berkongsi keadaan semasa dia berada di dalam mesin MRI tersebut.

Menurut aktres berusia 32 tahun ini, dia berasa ketakutan dan mengalami sesak nafas berikutan ruang di dalam mesin tersebut sangat kecil.

Saya dekat dalam mesin tu 35 minit, minit-minit yang awal saya rasa sesak nafas sebab tempat tu sangat kecil.

Saya rasa macam dalam kubur, tapi kubur yang cerah dan ada angin.

Dalam mesin MRI tu saya rasa gementar, takut..tapi kena hadap dan tunggu sampai habis. Saya memang tak boleh tidur bila duduk dalam tu, menakutkan. Tapi tak sakit, cuma keadaan dekat dalam tu sempit dan kecil sampai rasa lemas.

Bercerita lanjut, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini berkata sepanjang berada di dalam mesin berkenaan dia perlu mengawal pergerakan, jika tidak proses terpaksa dilakukan semula dari awal.

Siapa yang pernah masuk tahulah macam mana keadaan dalam tu, memang menakutkan.

Kalau tak boleh kawal minda, mesti akan kena panic attack dan tak boleh bernafas.

Tak boleh gerak, telan air liur pun kena perlahan-lahan kalau tak mesin tak boleh buat bacaan dan kena mula balik.

Terdahulu, ibu kepada tiga orang anak ini memaklumkan bahawa dia disahkan menghidap penyakit ‘slip disc’ selepas tiga hari tidak dapat menggerakkan lehernya.

@anis.pana

MRI

? original sound – Anispana – Anispana

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×