Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke -37, Aina Abdul sering kali dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila namanya yang semakin melonjak naik dengan kehebatan vokalnya.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Teruja Nak Rasai Suasana Berpuasa Di Tanah Suci
Artikel Berkaitan: #AJL37: Guna Lebih 200 Meter Kain, Kepulan Awan Simbolik Aina Abdul Untuk Arwah Ayah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Comel Tanpa ‘Make Up’, Peminat Ingat Budak Sekolah
Jangan bandingkan
Menerusi video di TikTok, Aina menjawab spekulasi yang terjadi antara dirinya dan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi.
Kedua-dua penyanyi itu memiliki kelab peminat mereka tersendiri. Namun, terdapat segelintir dalam kalangan peminat Aina yang mencetuskan sedikit salah faham dengan kelab peminat TokTi apabila dikatakan vokal Aina Abdul lebih menyerlah.
Hal ini mencetus perbalahan antara dua kelab peminat.
Dalam video itu, Aina menyatakan bahawa dia tidak inginkan sebarang tindakan yang ‘over’ dalam kalangan peminat sehingga dapat menjejaskan hubunganya dengan TokTi.
Setakat ini, saya dan Tokti baik sahaja. Kita sebenarnya makin rapat.
@sitizoner Membalas kepada @AinaxVocals #fyp
Sokong lah dua-dua
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempercayai kehebatan masing-masing sebagai seorang penyanyi. Selain itu, terdapat juga komen yang menegaskan agar tidak membandingkan generasi kini dan yang lama.
Sumber: TikTok @sitizoner