![[VIDEO] ‘Saya Tahu Kak KM Orangnya Baik’ – Doa Ustazah Asma’ Harun Buat Kak KM Undang Perhatian](https://asset.ohbulan.com/2026/01/kak-km.jpg)
Hantaran terbaharu usahawan popular, Kak KM di media sosial miliknya menyorot perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf, Saya Lalai..Sebenarnya Beg Tu Dah Lama Saya Beli’ – Kak KM
Pertemuan pertama
Menerusi muat naik di TikTok, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli berkongsi klip memaparkan dirinya gembira bertemu dengan pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun.
Dalam perkongsian itu, Ustazah Asma sempat menitipkan doa kepada Kak KM sehingga membuatkan dirinya tersentuh.
Semoga seluruh keluarga sentiasa dijaga dan dipelihara. Kita sama-sama berkumpul di syurga, diberikan petunjuk, hidayah dan dijaga oleh Allah SWT selalu.
Saya tahu Kak KM orangnya baik dalam dan luar, Insya-Allah. Jaga diri.
Kak KM turut mengaminkan doa tersebut dan difahamkan itu adalah pertemuan pertama mereka.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyatakan usahawan itu dilihat sedikit sebak apabila Ustazah Asma’ menitipkan doa buatnya.
Kebanyakan mereka turut menasihati sesama sendiri agar tidak menghukum orang berdasarkan penampilan luaran semata-mata.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Kanak-Kanak Hidap Kanser Luah Hasrat Ke Rembayung & Bertemu Khairul Aming, Netizen Sanggup ‘Battle’ Slot](https://asset.ohbulan.com/2026/08/rembayung.jpg)
