![[VIDEO] ‘Saya Tak Ada Pengalaman Buruk Dengan Rakan Artis, Mereka Profesional’ – Ruhainies](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_1093.jpg)
Pelakon Ruhainies mengakui tidak pernah berdepan layanan buruk daripada rakan artis meskipun dirinya pernah terpalit kontroversi sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’ – ‘Ibu Bapa Beri Saya Nama, Maksud Yang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Nafi Sengaja Bangkitkan Isu Fitnah – ‘Tidak Adil Untuk Saya..Kena Fikir Diri Sendiri Juga’
Rakan artis profesional dengan Ruhainies

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata dia percaya setiap penggiat seni mampu bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan urusan kerja dengan hal peribadi.
Saya tidak pernah berdepan pengalaman buruk dengan mana-mana rakan artis. Tak ada yang buat muka ke apa, Alhamdulillah. Tak ada langsung, semua profesional.
Mungkin kalau ada yang nak menyebelahi mana-mana pihak, itu saya tidak tahu.
Mengulas lanjut, Ruhainies berkata dia memilih untuk tidak mengambil tahu perkara negatif yang diperkatakan mengenai dirinya bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika bertemu dengan mana-mana rakan artis.
Saya memilih untuk tidak mengambil tahu perkara negatif sebab saya tak nak rasa tak selesa bila bertemu individu-individu yang bercakap tak baik tentang saya.
Jadi saya pejamkan mata dan butakan mata supaya tak nampak perkara-perkara negatif itu dan untuk menjaga kesihatan mental dan emosi sendiri.
Berkongsi mengenai perkembangan kariernya, Ruhainies berkata dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Wanita Yang Didustai yang bakal ditayangkan di TV3 pada hujung Oktober ini.








![[VIDEO] Diva M Hadiah Kereta RM100,000 Kepada Pekerja Setia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/diva-M-4.jpg)