berita

[VIDEO] ‘Saya Tak Akan Burukkan Abang’ – Aisyah Tenang, Hormat Alif Teega Sebagai Suami

November 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

alif teega aisyah live tt

Meskipun rumah tangga sedang diuji, pempengaruh media sosial dan usahawan Aisyah Hijanah tetap komited terhadap kerja dengan membuat siaran langsung di TikTok, pada Isnin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?

Artikel Berkaitan: Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain – ‘Demi Allah Saya Tak Maafkan Pemfitnah’

Dah kahwin pun

aisyah teega

Menerusi rakaman video yang dimuat naik semula di TikTok, Aisyah menyatakan dia sebagai isteri tidak akan bercakap buruk tentang suaminya kepada umum.

Kata Aisyah, dia akur dengan dugaan yang menimpa selain sedang berdamai dengan takdir.

Tak.. Saya tak akan burukkan abang. Jangan risau. Benda dah jadi itu, kita nak patah balik pun tak boleh. Dah kahwin pun. Sebagai isteri, apa yang boleh buat adalah hadap dulu dan berdamai.

Saya mohon jangan cakap bukan-bukan terhadap Alif. Dia masih lagi suami saya. Kadang-kadang bila ada buat satu kesalahan, segala kebaikan yang lepas kita tak nampak.

Ditanya kenapa Alif Teega, 29, memilih berkahwin dua ketika Aisyah sedang hamil lima bulan, jawab Aisyah, ‘itulah jodoh.’

Kenapa waktu Aisyah mengandung juga nak kahwin? Bagi saya, itulah jodoh. Saya cakap juga dengan Alif. Jodoh, ajal dan maut tak kira situasi kita.

Sekiranya ketetapan Allah pada waktu itu, kita kena terima. Yang dah lepas itu kita lepaskan. Masing-masing cuba bertenang. Life must go on.

Allah sayang

alif teega aisyah keluarga

Sementara itu, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani reda diserang netizen yang tidak berpuas hati dengan perbuatannya ‘tambah bini.’

Doa la yang baik-baik, semoga Allah permudahkan. Tak apa, masa ini memang Allah nak kata macam-macam. Yang penting Allah sayang saya.

Pada petang Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.

Sumber: TikTok & X

SKIP THIS AD ×