Pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih gembira dan tenang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Setuju Nak Ceraikan Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: Syamsul Tenang Tiba Di Mahkamah, Puteri Sarah Harap Boleh Bawa Haluan Masing-Masing
Tak nak bergaduh
Menurut Puteri Sarah, dia enggan bermusuh dan menyimpan rasa dendam terhadap Syamsul.
Kata Puteri Sarah, 38, persetujuan ini adalah berkat doa di bulan Ramadan serta solat tahajjud.
Sambutan raya saya akan lebih gembira dan tenang.
Yang penting saya tak mahu bermusuh dan berdendam. Itu sahaja. Sebelum ini banyak benda tak terjawab.
Sekarang ini sudah terjawab. Saya hanya mahu ketenangan. Alhamdullillah saya sudah dapat.
Puteri Sarah berkata demikian sejurus usai prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, pagi Isnin.
Demi kebaikan anak-anak
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk Syamsul berjumpa dengan anak-anak.
Anak-anak juga tiada masalah beraya dengan dia, kalau Syamsul beri kerjasama, saya pun akan beri kerjasama.
Tiada apa nak bermusuhan dan bergaduh. Semua sudah selesai, demi kebaikan anak-anak.
Saya okay sahaja, saya tak nak lebih-lebih pun. Yang penting dia pun dapat jumpa anak.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk pengarah sensasi melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Dalam prosiding hari ini, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin ,38, manakala peguam syarie Azmi Mohd Rais mewakili Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof.
Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@ohbulanofficial Replying to @ROY_MixMindNasyeed Alhamdullilah semuanya settle dengan baik ????#ohbulan #fyp #news