![[VIDEO] ‘Sebab Kalian Kami Segera Dibebaskan’ – PU Rahmat Bersolidariti Gaza Bersama Ultras Malaya](https://asset.ohbulan.com/2025/10/rahmat.jpg)
Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), pendakwah PU Rahmat, menyorot perhatian ramai apabila menghimpunkan rakyat Malaysia sebagai tanda solidariti bersama Gaza pada malam Skuad Harimau Malaya menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Rahsiakan Penyertaan Misi GSF Daripada Ibu – ‘Abang Minta Maaf, Janji Tak Tipu Mama Lagi’
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Akui Khilaf, Mohon Maaf Gurau ‘Sama-Sama Banduan’
Solidariti bersama Gaza
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rahmat dilihat berkongsi pengalaman berhadapan tentera Israel yang didakwa memberi layanan seperti binatang kepada sukarelawan GSF.
Susulan itu, Rahmat bersyukur atas sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi saksi perjuangan para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan bagi menghantar bantuan ke Gaza.
Pada kami, kalian adalah orang yang ada roh kemanusiaan dan perjuangan.
Sebab kalian lah kami segera dibebaskan.
Hebat berdakwah




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rahmat yang berdakwah walau di mana saja dirinya berada bagi terus menyuarakan misi Sumud Flotilla. Selain itu, warganet turut kagum melihat penyokong Skuad Harimau Malaya yang bersama-sama membanteras tindakan kejam tentera Israel.
Sumber: TikTok @Aserappp








