Meskipun pahit menerima perpisahan, namun itu adalah kenyataan yang harus diterima oleh pempengaruh Andika Putera dan bekas isterinya, Ananda Natasha.
Artikel Berkaitan: Andika Putera & Natasha Hadir Ke Mahkamah – ‘Hari Ini Selesailah Urusan Kami’
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Bini Baru, Dia Adalah Kakak Kandung Saya’ – Andika Putera
Sudah berakhir
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika atau nama penuhnya Muhamad Andika Putera Salleh dan Natasha dilihat bersama-sama menaiki sebuah kereta ke mahkamah syariah.
Selepas urusan mereka selesai, Andika dan Natasha mengakui berasa sedih namun bersyukur segalanya dipermudahkan.
The chapter ends here. Alhamdulillah, hari ini selesai urusan kami di mahkamah. Syukur sangat walaupun banyak sangat step yang perlu ditempuh, semua urusan dipermudahkan dengan kerjasama yang baik daripada pihak Tasha.
Dalam pada itu, Andika juga mengucapkan penghargaan kepada Natasha kerana menjadi isteri dan ibu yang baik sepanjang perkahwinan mereka.
Mereka juga berjanji untuk tetap menjaga perhubungan sebagai ibu bapa kepada cahaya mata mereka iaitu Alisha Puteri.
Untuk Tasha terima kasih menjadi isteri yang terbaik selama empat tahun bersama. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik untuk puteri kita. Semoga Allah SWT memberi segala kebaikan dekat awak.
Nanti kita tetap berhubung dan masih menjadi kawan yang baik, insya-Allah.
Dan semoga kita dipertemukan dengan pasangan yang mengejar keredaan Allah SWT. Doakan yang terbaik buat kami.
Pempengaruh berusia 27 tahun tersebut turut berterima kasih kepada warganet yang memberi sekongan walaupun sebelum ini mereka berteka-teki tentang status perkahwinannya.
Banyak komen yang Dika terima. Nak cakap lebih masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi Dika nak ucapkan terima kasih kepada yang bagi sokongan, tanpa tanya apa-apa, tanpa persoalkan kenapa begini pengakhirannya, tanpa komen yang mendatangkan fitnah dan sebagainya. Terima kasih.
Setiap orang ada perjalanan cerita sendiri, cerita Dika dan Tasha habis dekat sini. Sepahit macam mana pun pengakhiran cerita dalam hidup ni, tak ada benda lain yang boleh dibuat melainkan untuk terima dan move on bila kita sedar sesebuah cerita sudah sampai ke penghujungnya.
Sebelum ini, Andika memaklumkan dia dan Natasha telah menyelesaikan urusan yang difahamkan membabitkan rumah tangga mereka di mahkamah pada Rabu.
Terdahulu, meskipun Andika dan Natasha tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas mereka jarang dilihat bersama.
@andikaputeraa The chapter ends here. Alhamdulillah, harini settle urusan kami di mahkamah. Syukur sangat walaupun banyak sangat step yang perlu ditempuh, semua urusan dipermudahkan dengan kerjasama yang baik dari pihak Tasha. Banyak komen yang Dika terima. Nak cakap lebih masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi Dika nak ucapkan terima kasih kepada yang bagi sokongan, tanpa tanya apa-apa, tanpa persoalkan kenapa begini pengakhirannya, tanpa komen yang mendatangkan fitnah dan sebagainya. Terima kasih ?? Setiap orang ada perjalanan cerita sendiri, cerita Dika dan Tasha habis dekat sini. Sepahit macam mana pun pengakhiran cerita dalam hidup ni, tak ada benda lain yang boleh dibuat melainkan untuk terima dan move on bila kita sedar sesebuah cerita dah sampai ke penghujungnya. Untuk @Ananda_natashaaa , terima kasih menjadi isteri yang terbaik selama 4 tahun bersama. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik untuk puteri kita. Semoga Allah SWT memberi segala kebaikkan dekat you. Dan semoga kita dipertemukan dengan pasangan yang mengejar keredhaan Allah SWT. Doakan yang terbaik buat kami ?????? #life #story #fyp #viral #tiktok
Sumber: TikTok Andika Putera