berita

[VIDEO] Andika Putera Tak Salahkan Takdir Anak Alami Sumbing & Cacat Jari – ‘Kehendak Allah Kata Jadi Begitu’

December 27th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Andika Putera

Selebriti media sosial, Andika Putera tidak menyalahkan takdir apabila anaknya Alisha Puteri mengalami sumbing di mulut dan kecacatan pada bahagian jari.

Artikel Berkaitan: ‘Jelas Sekali Salah Dari Sudut Akidah’ – Pejabat Mufti Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan: ‘Dia Curang Dengan Izin Allah’ – Pejabat Mufti Akan Teliti Isu Melibatkan Influencer

Takdir Allah

Andika Putera

Menurut Andika, isterinya iaitu Ananda Natasha sudah mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil vitamin tambahan sewaktu kehamilan seperti yang disarankan.

Namun, menganggap segala yang berlaku adalah takdir dari Ilahi yang sudah tertulis untuk mereka.

Orang tanya kenapa tangan dan mulut anak saya begitu (cacat), sebab tak makan folic acid atau vitamin sewaktu isteri hamil?

Pendapat saya senang sahaja, ada orang yang sakit jantung padahal dia tidak merokok, ada yang sakit paru-paru berair sedangkan dia bersukan.

Itu semua adalah asbab sahaja, isteri saya sudah makan semua makanan sihat, tetapi kalau dah kehendak Allah kata jadi begitu, saya terima sahaja.

Sementara itu, Natasha memaklumkan dia menerima dengan hati yang terbuka.

Saya dah makan macam-macam dah, saya ambil folic asid, vitamin, minum susu, makan sayur, buah. Setiap hari saya makan buah dan sayur, kenapa jadi macam ini?

Itu semua Allah dah tulis, itu semua kehendak-Nya. Kalau Allah kata Kun Faya Kun, maka jadilah.

Video

@money.mindset.booster Caption: kadang Kita cari asbab tak jumpa kenapa macam Tu macam ini, Kita kena ingat bukan saja-saja Allah izinkan Jadi apa-apa Yang kita tak nak. Selepas hujan pasti Ada pelangi, yakin, redha Dan bersyukurlah. Korang sendiri Pernah Di ujikan, apa Manis Yang korang dapat Cuba Komen ? #mindset #syukur #cinta ? original sound – Money.Mindset.Booster

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×