Ahli politik Syed Saddiq berkongsi tentang perasaan dan perubahan yang alaminya selepas mengikat tali pertunangan dengan selebriti terkenal, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mencintai Bella Astillah Juga Kerana Kedua Anaknya Iaitu Ayden & Ara’ – Syed Saddiq

Perasan Syed Saddiq

Menerusi perkongsian di audio siar Lebih Masa, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu berkata dia kini berada di fasa yang lebih bahagia daripada sebelum ini. 

Menurut Saddiq, hubungan yang terjalin ternyata telah memberinya ruang untuk merasai perasaan berkasih sayang setelah lama hanya memfokuskan diri kepada bidang politik.

Sekarang bahagia, jauh lebih bahagia.

Sebab saya ada dunia di luar politik dan dunia yang lebih membahagiakan.

Mungkin kerana sebelum ini saya memberikan peluang ataupun masa untuk berfikir mempunyai rumah tangga sendiri.

Perkara ini memberikan perasaan dan kebahagiaan yang luar biasa.

Komen netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat Ahli Parlimen Muar itu akhirnya menemui cinta hatinya.

Terdahulu, Saddiq dan Bella telah selamat mengikat tali pertunangan di dalam sebuah majlis indah yang berlangsung pada 28 April.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Saddiq turut berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.

Sumber:  Podcast Lebih Masa