![[VIDEO] ‘Selepas Pengesahan Cerai, Saya & Aiman Rujuk Kembali’ – Siti Jamumall](https://media.ohbulan.com/2025/05/SitiJamumallMengakuCeraiTetapiRujukSemula.jpg)

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall tampil menjawab spekulasi mengenai kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hamil Lima Bulan, Netizen Risau Siti Jamumall Jalan Kaki 15KM – ‘Bateri Telefon Saya Tinggal 1%’
Rujuk selepas cerai
@sitijamumallSiti dan Aiman dah rujuk kembali. selepas pengesahan cerai berlaku kami dah rujuk semula. now i tgh pregnant 5 bulan. tak sabar menanti bayi pelangi lahir ? i minta maaf tau abiy salah silap i @AIMAN TAK KESAH moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat ? mungkin ni proses pengenalan kita. Ujian hidup masing2 kan ?? i hope all clear. no more spekulasi. i ni mungkin kadang2 terbawak2 emosi sebb tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan nnti kena depression. i ni perempuan bukan nak apa pun. nak attention dari abiy je. tengah pregnant ni emosi tk menentu. duit ke apa tu semua no 2. i boleh terima sikit ke banyak ke yang penting u dah jalan tanggungjawab u. we learn together to fix this. apa dh jadi kt benda lepas biar la berlalu. kita buka buku baru je. i redho ngn apa yg jadi. btw mengidam abiy nak pancake tu nnti i usahakan okay! settle byr LHDN syarikat kita gi thailand sama2 tau ? orang ckp kalau lelaki yg dpt mengidam n emosi mcm perempuan time bini mengandung ni tanda dia syg isteri lebih? yeke ? haha ? okay dh la bye. cukup la kat sini. mls nak sweet2 nnti orang benci ?? Bismillah Cinta – UNGU & Lesti
Menerusi TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin memuat naik video hantaran komen seorang netizen yang mendakwa melihat dirinya dan Aiman hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Tidak berselindung, Siti mengakui berlakunya perceraian antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Siti dan Aiman dah rujuk kembali, selepas pengesahan cerai kami dah rujuk semula.
Sekarang saya tengah hamil lima bulan, tak sabar menanti bayi kami lahir.
Bercerita mengenai momen dirinya pulang berjalan kaki sejauh 15 kilometer (km), ibu kepada dua orang anak ini memaklumkan berlaku sedikit konflik antara dirinya dan Aiman selepas selesai urusan di mahkamah.
Selepas itu, ada konflik sedikit mungkin disebabkan oleh pembawakan budak.
Disebabkan bergaduh dan malas nak panjangkan cerita, saya berjalan kaki sejauh 15km.
Suami dan keluarga ada cuba cari tapi tak jumpa.
Macam-macamlah dugaan rumah tangga kita.
Di akhir perkongsian, Siti menzahirkan kata maaf kepada Aiman dan berdoa agar rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga Siti dan Aiman berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ada juga yang menasihati Siti dan Aiman untuk tidak terlalu berkongsi tentang perihal rumah tangga mereka di media sosial.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Siti kemudiannya mencuri perhatian apabila seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah kembali membujang selepas melakukan konten bercakap di telefon sambil melakukan ‘lip sync’ berlatarbelakangkan lagu Indonesia yang bertajuk ‘Aku Dah Lupa’ pada Mac lalu.
Sumber: TikTok








