Penyanyi Indonesia, Afgan, baru selesai mengadakan konsert ‘Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur’ di Dewan Plenary KLCC, pada Sabtu malam.
Artikel Berkaitan: Nampak Dalam Instastory Berpelukan Dengan Afgan Di NYFW, Peminat Harap Yuna Jaga Batas
Artikel Berkaitan: ‘Perbuatan Dosa Itu Diraikan & Disorak-Sorak’ – PU Syed Tegur Aksi Wanita Dipeluk Afgan
Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri
Masa Meet & Greet
View this post on Instagram
Pelakon Intan Najuwa antara selebriti yang hadir pada malam itu. Difahamkan, Intan membeli tiket Confession No. 1 yang berharga RM1,388 demi bertemu dengan Afgan sejurus usai konsert yang berlangsung selama dua jam 30 minit.
Momen pertemuan tersebut dirakam dan kemudiannya video itu dimuat naik di akaun media sosial pelakon berumur 25 tahun.
Pelakon kecil molek ini mengenakan sepersalinan busana berwarna ungu bersama tas tangan berjenama mewah.
Jaga hukum Allah
Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan ‘hangat’ netizen apabila pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat bersalam dan memeluk pelantun lagu Terima Kasih Cinta.
Rata-ratanya menegur pelakon drama Jesnita kerana tidak menjaga batas pergaulan dengan Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang berpendapat budaya tersebut tidak sesuai dinormalisasikan di Malaysia.
Sumber: Instagram @intannajuwa