![[VIDEO] Selepas Zizi Kirana, Kini Heliza Helmi & Hazwani Helmi Pula Ditahan Isr**l](https://asset.ohbulan.com/2025/10/heliza-hzwani.jpg)
Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk penyanyi, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dipintas ketika berada di perairan antarabangsa pada Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Antara Rakyat Malaysia Yang Ditahan, Mohon Dibebaskan
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi
12 rakyat Malaysia ditahan
Menerusi hantaran di media sosial rasmi Sumud Nusantara Official, menjelaskan beberapa kapal termasuk Hio yang membawa dua beradik itu turut diceroboh tentera Israel.
Dalam perkongsian sama, mereka memuat naik rakaman video Heliza dan Hazwani yang dirakam sebelum pelayaran sebagai langkah persediaan sekiranya ditahan pihak berkuasa Israel.
Nama saya Heliza Helmi. Saya warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.
Misi kemanusiaan kami adalah aman. tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang- undang antarabangsa,.
Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untukmenuntut pembebasan segera dan tanpa syarat.
Selain Heliza Helmi, adiknya iaitu Hazwani Helmi dan beberapa video warga Malaysia lain turut dimuat naik iaitu Zizi Kirana, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli yang berada dalam tahanan selepas Kapal Sirius dinaiki mereka dipintas pada jam 9.47 malam waktu Gaza, 1 Oktober 2025.
Tiga lagi rakyat Malaysia di atas Kapal Alma iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga berdepan nasib sama selepas kapal berkenaan dipintas pada jam 9.44 malam waktu Gaza.
Sumber: Sumud Nusantara Official