berita

[VIDEO] Sengaja Buat Salah Dalam Persembahan, Mas Idayu Tegur Syahir & Shila Amzah Jangan Buat Juri Keliru

November 5th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

cahir shila 2

Bertemakan dangdut dan bollywood, pasangan duo adik-beradik iaitu Shila dan Syahir Amzah mendendangkan lagu Penasaran dan Hampa Hatiku di Famili Duo 3 minggu keempat.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Adira & Emma Suhaimi Jadi Diri Sendiri, Bawa Perangai ‘Gila-Gila’ Atas Pentas – ‘Kena Kecam Pun Tak Apa’

Artikel Berkaitan: Mummy Tak Rasa Awak Bagus Langsung’ – Bawa Isu Jiran Gaduh, Adira & Emma Suhaimi Raih Markah Tinggi

Ada peningkatan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Selaku juri tetap program, Ajai memuji persembahan Shila dan adik, Syahir yang dilihat mempunyai peningkatan dari minggu pertama sehingga minggu keempat.

Kata Ajai, pada persembahan minggu ini, dia dapat melihat sisi lain yang dipamerkan oleh duo beradik ini berbanding persembahan sebelum ini yang agak serius.

Meskipun begitu, Ajai akui Syahir masih tidak menonjol dalam persembahannya. Malah dia tidak dapat merasai apa yang cuba disampaikan Syahir.

Syahir nampak tak real. Syahir saya rasa tak tahu lah. Saya ada nampak prestasi Syahir tapi masih lagi saya belum rasai. Pembawaan tu saya tak rasa lagi.

Karakter awak sangat susah, ini kali pertama saya judge orang. Saya cuba lagi mendalami lagi karakter awak, mana original awak. Awak kena naikkan lagi keselesaan awak tu. Cuba sedaya upaya untuk buat sehabis baik.

Juri keliru

cahir shila

Sementara itu, Mas Idayu akui terdapat kesalahan dalam persembahan Shila namun anak kepada penyanyi ND Lala itu memaklumkan bahawa dia sengaja melakukan kesalahan tersebut kerana itu adalah konsep persembahan mereka.

Bagi mummy, dalam persembahan tak buat begitu (konsep sengaja melakukan kesalahan) kerana itu boleh mengelirukan para juri. Tapi apa apa pun Mummy sangat suka persembahan awak malam ini Shila.

Mummy suka part Syahir. Shila pandai cover kekurangan adik Shila. Tetapi mummy nampak usaha Syahir dan untuk malam ini mummy suka persembahan korang malam ini.

FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×