berita

[VIDEO] Seorang Diri Di Rumah, Nabila Huda Cemas Tiba-Tiba Nampak Kelibat Hitam Di Balkoni!

August 13th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tidak dapat mengawal perasaannya selepas nampak kelibat manusia di balkoni rumah, aktres hebat tanah air Nabila Huda merakam detik cemasnya dalam keadaan teresak-esak selepas mengakui hanya tinggal berseorangan di rumah tanpa suami dan anak perempuannya.

Nampak bayang hitam

 

Menurut Nabila Huda yang mesra disapa Abil ini, dia seakan melihat bayang hitam yang mungkin berbaju hitam di balkoni rumahnya setelah lampu dipadam. Dia merasakan apa yang dilihatnya itu berkemungkinan seorang pencuri yang ingin memecah masuk rumahnya.

Melalui ruangan Insta Story Instagram rasminya kupu_kupu, abil menyatakan dia terdengar sesuatu terlebih dahulu di bahagian luar rumahnya sebelum keluar membuka lampu seluruh rumahnya.

Buntu dan takut

 

Melihat kepada situasi yang berlaku, Abil berada dalam keadaan buntu dan takut tanpa bantuan sesiapa di rumah. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa maklum balas daripada Abil mengenai kejadian terbabit. Diharapkan semoga Abil berada dalam keadaan selamat.

Sumber : Nabila Huda

SKIP THIS AD ×