berita

[VIDEO] Separuh Muka Cacat Lepas Kena Enjin Bot, Netizen Puji Pasangan Pengantin Ini Terima Seadanya

January 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, mencintai seseorang berdasarkan paras rupa bukanlah sesuatu perkara yang mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga kita kelak. Tetapi lain pula kisahnya pada kali ini apabila seorang lelaki ikhlas menerima pasangannya biarpun wajah yang dimiliki oleh wanita itu tidak ‘sempurna’ seperti orang lain.

Terkena enjin bot

@koko_vaniaBalas @ridottpersib33 sudah aku jawab yah ? @ayuqua13 ##fyp ##viral ##weddingresepsi ##masukberanda ##lewatberandagak? Its about my feelings – Notyourbabygirl


Berdasarkan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu Koko Vania memaklumkan, ‘kecacatan’ yang terdapat pada wajah Ayu itu berlaku disebabkan terkena enjin bot. Insiden cemas tersebut dipercayai berlaku ketika wanita itu masih di bangku sekolah menengah lagi.

Boleh dikatakan separuh daripada wajah wanita yang berasal dari Indonesia ini mengalami kecacatan hingga ke bahagian matanya. Meskipun begitu, ianya langsung tidak mematahkan semangat Ayu. Malah, Ayu kelihatan sangat cantik ketika di majlis perkahwinannya itu.

Disolek oleh rakan sekolah

@koko_vaniaSamawah my sist @ayuqua13 ##fyp ##viral ##weddingresepsi ##masukfypindonesia ##masukberandamu? original sound – MILLA FATIKA UTARI ?

Pada hari penuh bersejarah itu, Ayu telah disolek oleh rakan sekolahnya, Koko Vania yang juga merupakan seorang Make-Up Artist (MUA).

Sementara itu, Koko sempat meluahkan rasa terharu kerana Ayu telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menyolek wajah Ayu pada hari bahagia itu selain meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam solekan tersebut.

Difahamkan, Ayu sememangnya telah mempunyai ramai pengikut di akaun TikTok miliknya, Ayuqua13 iaitu mencecah sehingga 535.6k pengikut sementara rakannya, Koko Vania memiliki 48.4k pengikut.

Cantiknya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejelitaan Ayu selain mereka turut terharu melihat kekuatan wanita ini dalam menempuh segala ujian hidup.

Malah tidak kurang juga ada yang mendoakan agar rumahtangga Ayu akan berkekalan dan bahagia hingga ke Jannah. Tidak kurang juga ada yang memuji keikhlasan pengantin lelaki yang menerima Ayu seadanya.

Sumber: Koko Vania,Ayuqua13

SKIP THIS AD ×