berita

[VIDEO] Sering Diajukan Soalan Slang Dari Netizen, Caprice; ‘Saya Sebut ‘Shushu’ Bukan Susu’

September 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi Caprice tidak lekang di bibir warganet. Baru sahaja pulang ke tanah air, Caprice kini sedang menjalani tempoh kuarantin. Memenuhi masa terluang, Caprice telah membuka ruang Ask Me Question kepada pengikut Instagram (IG)nya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Selamat Tiba Di Malaysia – ‘Alhamdulillah, Rasa Seronok Dapat Balik Ke Rumah’

Artikel Berkaitan: ‘Bawa Balik Empat Kotak Ole-Ole Dari Palestin’ – Caprice Tanya Peminat Zizan Nak Patung Firaun Besar Ke Kecil?

Saya sebut ‘shushu’ bukan susu

Antara soalan yang menjadi fokus wargamaya adalah mengenai slang atau cara Caprice bertutur. Rata-ratanya tertanya adakah pemilik nama Ariz Ramli bercakap seperti itu sejak dilahirkan.

Soal seorang pengikut;

Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?

Menjawab pertanyaan itu dengan berseloroh, Caprice akui sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak dilahirkan lagi.

Tak habis-habis orang tanya pasal slang.. ya keluar ja dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan… ooo susu! Itulah slang saya.

Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk.

Netizen sakan terhibur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pengakuan dari pelantun lagu Lenglui. Malah, ada juga segelintir individu yang faham dengan situasi Caprice memandangkan dia sekeluarga sering berpindah.

@ann_vivianne: Jawapan slang tu terbaik.

@dk.nana22: Hahahaha shushu.. Sentap yang tanya tu.

@dea_mardeaa: Shushu macam nak halau kucing hahahahaha.

@wxnie_ishan: Slang tu jadi macam tu sebab dia lahir dari keluarga duta Malaysia yang pergi seluruh dunia. Tu dia kurang sikit slang Melayu. Bahasa utama dia English, tapi takpa, lama-lama okay lah.

Terdahulu, Caprice pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa buah negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

 

Sumber: Instagram @capriceofficial

SKIP THIS AD ×