Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini mencuri tumpuan netizen selepas tular sebuah video memaparkan babak lakonannya bersama pelakon veteran, Wan Maimunah.

Artikel Berkaitan: Izreen Azminda Keracunan Makanan Kali Kedua, Badan Sampai Menggigil – ‘Teruk Sikit Dari Sebelum Ini, Mungkin Sebab Mengandung’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Selesai Cara Adil & Saksama’ – Izreen Azminda Beri Penjelasan Teruskan Kes Saman Terhadap Intan Saleh

Ikut tuntutan skrip

@ayiennn85

Setiap kali lepas shoot.. kakak mintak ampun mintak maaf pada ibu Wan Maimunah.. kakak takut ibu sakit.. penyudah kakak kena marah dik.. kalau kakak tak hempuk betol2😅.. ibu yg mintak kakak all out.. baru dia akan rasa energy yg sama.. tp ibu mmg power… kakak terus tenggelam tanpa noktah kalau dgn ibu..🫢

♬ Untuk Mu Ibu – Album Version – Exist

Menerusi perkongsian video klip di TikTok, Izreen Azminda, 41, memuat naik sedutan babak yang memaparkan aksi agak kasar terhadap pelakon veteran itu semasa penggambaran berlangsung.

Menurut Izreen, setiap babak yang dilakonkannya dibuat mengikut kehendak skrip, dan dia akan memohon maaf sejurus selesai penggambaran.

Setiap kali habis shoot, saya akan minta maaf dengan Wan Maimunah. Saya takut Wan Maimunah sakit.

Penyudahnya, saya kena marah kalau tak buat betul-betul babak itu.

Wan Maimunah sendiri minta saya all out. Sebab dia nak rasa energy yang sama.

Dalam hantaran yang sama, aktres drama Terpaksa Aku Relakan kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan pelakon veteran tersebut ketika menjalani penggambaran.

Wan Maimunah memang ‘power’.

Saya terus tenggelam tanpa noktah kalau berlakon dengan dia.

Sumber: TikTok Izreen Azminda