Perkongsian isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri tumpuan ramai.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hanya Bergurau Fasal Jual Kucing – ‘Saya Padam Video Itu Sebab Kena Kecam’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup & Maju’ – Aliff Syukri Perjelas Maksud Di Sebalik Nombor Plat 133

Aliff jual pokok

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Shahida merakam momen salah seorang pekerjanya sedang memotong keratan pokok-pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah reaksi Shahida apabila mengetahui keratan pokok-pokok itu sebenarnya mahu dijual oleh Aliff di media sosial.

Aku ni sebenarnya geram tau, pagi tadi habis pokok-pokok aku dijual Aliff Syukri. Pokok depan rumah aku yang patut dibuang pun dia jual. Aku tak tahu lah, kalau dah Aliff Syukri tu.

Yang korang beli pokok ni kenapa? Aku tak nak buka nursery pulak eh. Habis semua dia jual. Jual pokok pula. Kau tengok dia punya kedekut meniaga tak ada modal, pokok aku dia jual.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini. 

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa Aliff seorang usahawan yang sangat kreatif dan bijak kerana mengambil setiap peluang dengan menjual apa sahaja yang mendatangkan keuntungan.

Pokok ‘sold out’ dalam masa 3 saat

@papalarisofficial

Ya Allaah ramai jugak yang beli ya pokok Papa ! Dalam masa 3 Saat je tau ! Tapiiii….. macam ada sesuatu je berlaku lepas tu 🫣

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Sumber: TikTok Shahida, Papa Laris