Usahawan terkenal Datin Seri Shahida mendedahkan dia pernah bermasam muka dengan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri selama empat bulan gara-gara perselisihan faham.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’ – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’

Berlaku ketika COVID-19

Menerusi perkongsian video di TikTok, Shahida yang juga menantu kepada Bonda Rozita Ibrahim menjelaskan disebabkan itu dia tidak terlibat dengan isu mask bocor yang pernah dijual oleh Aliff.

Shahida turut berkongsi kejadian itu berlaku ketika negara diancam COVID-19 pada tahun 2019.

Saya tak jual mask bocor, suami saya yang jual dan saya tidak pernah terlibat dengan situasi itu.

Ketika isu mask bocor itu, kami tengah bergaduh selama empat bulan dan duduk berasingan semasa berlakunya COVID-19.

Saya memang tidak berjumpa dengan Aliff.

Sebab itu, jangan bergaduh dengan isteri, nanti ada sahaja perkara yang tidak kena.

Mengulas mengenai perkara itu, Shahida berkata suaminya membuat keputusan untuk menjual mask tersebut kerana mahu membuat kelainan.

Sebenarnya, Aliff seorang yang lurus. Apa yang orang kata dia percaya.

Seperti kes mask bocor, ada seorang individu dia minta untuk Aliff jual mask kalis air kemudian suami saya pun percaya.

Dia pun tuang air dekat mask dan air menitik keluar dari mask itu.

Sumber: TikTok