Melihat anak kecil yang mula ke sekolah pastinya memberi perasaan yang asing buat ibu bapa.
Begitulah perasaan yang diluahkan pelakon Shakilla Khoriri yang mengalirkan air mata melihat puteri tunggalnya yang dilihat sudah mula bersekolah.
Artikel Berkaitan: Hasrat Shakilla Khoriri Takluk Puncak Kinabalu Tak Kesampaian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameena Nak Pinjam Baju Ummi Buat Netizen Terhibur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Kerap Tunjuk Ada ‘Kawan’ Dalam Bilik Hotel, Shakilla Khoriri Meremang
Shakilla dan Fizi hantar Ameena
Menerusi hantaran di TikTok, dilihat anak kepada pelakon drama ‘Mem & Bibik-Bibik’, Ameena Sofia yang bersedia di dalam kereta untuk ke sekolah.
Dalam video tersebut, Shakilla, 33, menyapa anaknya sambil menitip pesan untuk sentiasa berkelakuan baik di sekolah.
Siapa suruh pagi hujan dari malam tadi, kan sampai berjangkit hujan tu dekat aku pagi ni.
Goodluck sayang!
Dalam pada itu, dilihat bekas suami kepada Shakilla, Fizi Ali yang turut serta menghantar anak mereka ke tadika.
@shakillakhoriri Siapa suruh pagi hujan dari malam tadi kan sampai berjangkit hujan tu dekat aku pagi ni. Good Luck sayang ?
Jangan cepat besar Ameena…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyampai radio Hot FM, Fizi Ali yang masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Ameena Sofia. Selain itu, terdapat juga komen yang turut teruja melihat anak kecil itu yang mula membesar.
Sumber: TikTok @shakillakhoriri