Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur segelintir pencipta kandungan yang menghasilkan karya yang dianggap tidak sepatutnya dinormalisasikan.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Tegur Golongan Duda Join Trend ‘Jamilah’ – ‘Bukan Desperate, Kita Ada Style’ 

Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad

Konten takut bini

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, menegaskan bahawa teguran itu dibuat atas dasar keprihatinan ekoran kes penceraian yang tinggi.

Menurut Sharnaaz, konten yang menggambarkan figura seorang suami takut isteri berisiko mempengaruhi sesebuah rumah tangga sehingga membawa ke arah penceraian.

Aku tidak marah tapi nasihat kepada pencipta kandungan.

Aku nak tegur yang suka buat konten ke arah takut isteri.

Perkara itu satu perkara yang boleh mempengaruhi rumah tangga kau sendiri.

Kepada kaum wanita yang kononnya berlakon untuk konten, korang tak sedar ke dalam dunia nyata pun kau akan terbawa karakter itu.

Dan itu cara kau akan bercakap dengan suami.

‘Kesudahannya bercerai’

Ekoran itu, Sharnaaz meluahkan kerisauannya melihat kadar penceraian yang bermula daripada sekadar konten.

Pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga mengingatkan bahawa isteri untuk dihormati bukan ditakuti.

Perkara ini bukan jadi sekali dua. Yang mana suka buat konten ke arah itu, kesudahannya bercerai.

Jadi, ini nasihat aku. Kita bukan takut dengan perempuan. Kita hormat.

Wanita itu memang watak penting dalam kehidupan kita sebab itu Allah ciptakan mereka dari kaum lelaki.

Kita hormati wanita tapi tak perlu takut. Kalau kau takut dengan isteri, kau akan ada masalah dalam rumah tangga itu.

Aku tak mahu tengok kes bercerai yang semuanya bermula daripada situ (konten).

Sumber: Instagram @sharnaazahmad