Pelakon, Sharnaaz Ahmad bertindak menegur segelintir golongan duda yang dilihat asyik mengikuti trend lagu tular pada ketika ini iaitu Jamilah.

Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Jalani Penggambaran ‘Magik Rompak’ Ketika Arwah Bapa Tenat – ‘Fikiran Tidak Di Set’

PDDM

Menerusi muat naik di Instagram, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, berseloroh mengatakan individu gelaran duda yang mengikuti trend tersebut akan digugurkan daripada persatuan yang diwakilinya.

Kepada semua ahli dan prospek Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM), sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah anda digugurkan dan disenarai hitam serta merta dari persatuan.

Menurut pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu, walaupun memegang status duda namun ia tidak bermaksud golongan itu terdesak mahu mencari pasangan.

Kita duda tapi bukan terdesak, kita ada gaya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila pelakon, Que Haidar memuat naik video memaparkan dirinya sedang berbaring melakukan miming lagu Jamilah sehingga menjadi tular.

Sumber: Instagram