![[VIDEO] Sheikh Muszaphar Bergegas Melawat Anak, Titip Nasihat Demi Masa Depan – ‘Tasha Call Dari Asrama, Rindu & Sedih Katanya’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/sheikh-muszaphar.jpg)
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi momen bersama anak kedua, Sophea Natasha semasa melawatnya di asrama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheikh Muszaphar Realisasi Impian Ibu Tunai Umrah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr. Sheikh Muszaphar & Isteri Kongsi Momen Hantar Anak Sulung Masuk Asrama
Anak rindu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Sheikh Muszaphar, 54, memaklumkan Tasha menghubunginya menerusi telefon yang disediakan pihak asrama.
Menurut Sheikh Muszaphar, dia tidak menunggu lama untuk datang melawat selepas Tasha berkongsi keadaan dirinya yang jauh dari keluarga demi melalui proses pembelajaran.
Tasha call dari asrama. Rindu sangat dan sedih katanya.
Saya terus datang melawat jap untuk bagi semangat, untuk teruskan perjuangan.
Janganlah bersedih anakku. Emosi rindu perkara biasa, ada kala naik dan turun.
Saya akan sentiasa ada untuk Tasha dan menyokong dari jauh. Harus tabah dan kuat.
Sokongan buat Tasha
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat untuk Tasha meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Selain itu, warganet turut memuji Sheikh Muszaphar Shukor yang disifatkan sebagai ayah yang penyayang.
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar