![[VIDEO] Shermine Ah Moi Sering Dibanding Sebab Tak Masak, Pilih Guna Masa Untuk Cari Duit – ‘Kalau Bakal Suami Suruh, Bye-Bye’](https://media.ohbulan.com/2025/04/ahmoi-2.jpg)

Bekas isteri usahawan popular View Chin, iaitu Shermine mendedahkan dirinya sering kali dibandingkan dengan orang lain hanya kerana tidak masak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shermine Ah Moi Sudah ‘Move On’, Titip Ucapan Buat View Chin – ‘Lepaskan Perkara Yang Lama & Mulakan Hidup Baru’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Tak Nak Gaduh, Mahu Jaga Anak & Teruskan Kehidupan Masing-Masing’ – View Chin Jawab Isu Ada ‘Chemistry’ Dengan Bekas Isteri
Kenapa perlu masak untuk suami?
@sherminehauahmoi_dq Know your value? #fyp ? original sound – Ah?Moi?Shermine
Menerusi potongan klip siaran langsung yang dimuat naik di TikTok, Shermine atau lebih mesra disapa Ah Moi berkata, dia tidak memahami keperluan untuk bersusah payah di dapur bagi menyediakan makanan.
Menurutnya, dia lebih memilih untuk menggunakan masa yang ada untuk fokus mencari duit.
Selalu orang bandingkan saya dengan orang lain sebab saya tidak pandai masak.
Saya memang tak faham. Sekarang sudah 2025, kenapa kita perlu masak.
Boleh order online, orang gaji pun ada, buat apa untuk masak?
Tambahnya, bakal suami juga tidak berhak menyuruhnya untuk masak kerana dia tidak didik oleh ibu bapanya berbuat sedemikian.
Netizen setuju




Menjengah ke ruanagn komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Ah Moi untuk wanita fokus mencari duit daripada menghabiskan masa di dapur. Selain itu, warganet turut titip pesanan agar tidak membaca komen-komen negatif.
Sumber: TikTok @AhMoiShermine








