![[VIDEO] Shila Amzah Ditawar RM10 Juta, Tolak ‘Offer’ Tanpa Fikir Panjang – ‘Mereka Nak Saya Buka Tudung’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/shila-amzah.jpg)
Penyanyi Shila Amzah berkongsi pengalaman tawaran yang diterima sepanjang menapak nama di negara China.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Rindu ‘Perform’ Lagu Bahasa Melayu
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Jawab Dibayar Dalam Mata Wang Dollar? – ‘Alhamdulillah’
Ditawar 10 juta
Menerusi sebuah sesi temu bual radio, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah berkata, dia ditawar menjadi duta bagi sebuah produk syampu.
Tambahnya, bayaran yang ditawar sebagai duta adalah berjumlah RM10 juta.
Masa saya di sana, saya patutnya dapat satu iklan syampu rambut.
Saya fikir juga sebab saya bertudung.
Mereka tawar saya jadi duta dan diberi RM10 juta dengan syarat saya kena buka tudung.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu memaklumkan dia menolak tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.
Tabik pada Shila




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pendirian Shila yang mementingkan agama daripada wang ringgit. Selain itu, warganet turut mendoakan agar rezeki isteri kepada pengacara Ubai itu lebih meluas.
Sumber: TikTok @suriamalaysia








