berita

[VIDEO] Shila Amzah Perjelas Tak Masuk Famili Duo Dengan Shada – ‘Dia Tak Pernah Ada Respect Untuk Saya’

October 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Shila Amzah Pilih Syahir Famili Duo

Penyanyi, Shila Amzah tampil menjelaskan mengapa dirinya memilih untuk bergandingan dengan adiknya Syahir berbanding Syada dalam program realiti popular, Famili Duo.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo

‘She never listen’

Shila Amzah Pilih Syahir Famili Duo

Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata, dia tidak akan mampu untuk bekerjasama dengan Syada di atas satu pentas yang sama. Dakwa Shila, Syada tidak pernah mendengar kata dan nasihatnya.

Korang duk tanya kenapa saya tak masuk dengan Syada. Korang tengoklah sendiri macam mana, saya dah jaga dah aib dia sebaiknya.

Ada juga yang tanya pada saya kenapa tak ajar dan train dia betul betul. Masa dia masuk satu pertandingan bagi stesen televisyen swasta dulu saya dah ajar dah.

Dari situ saya dapat tahu saya tak akan dapat boleh bekerjasama dengan dia sebab dia tak pernah dengar langsung apa yang saya nasihatkan sebab dia tak pernah ada hormat terhadap saya.

Lepas tu korang nak expect saya masuk Famili Duo dengan dia?

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ memaklumkan bahawa Syahir adalah individu yang sentiasa bersama susah dan senang.

Syahir ni dulu dia bekerja sebagai pembantu peribadi untuk sebuah syarikat sehinggalah dia berhenti kerja.

Selepas dia berhenti, dia lah yang akan ikut saya ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi bila saya ada kerja, dia akan ikut saya.

Terdahulu, tindakan Shila yang memilih untuk bergandingan dengan Syahir berbanding Syada menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Namun begitu, menerusi temu bual bersama OhBulan!, Shila tindakannya itu adalah kerana dia tidak mahu timbul apa-apa isu serta perbandingan di mata netizen.

Tambah ibu kepada seorang anak itu lagi, ahli keluarganya juga tidak tahu mengenai pembabitan mereka dalam pertandingan ini.

Video

@ssnrhaliza1 Part 2 Sha sha, u are strong woman. Untung ubai ada isteri yang sangat penyabar mcm ni #mstaronlineofficial #fyp #tolonglahfypwoiiiiii ? original sound – puan siti

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×