berita

[VIDEO] Shuhada Selamba Komen Di Video Nyanyian Hafidz Roshdi & Janna Nick- ‘Kena Lagu Ini Dengan Dia’

September 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

janna shuhada

Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dia bersama aktres iaitu Janna Nick dilihat menyanyi bersama-sama.

Artikel Berkaitan: ‘Semua Budak Sebaya Humairah Duduk Atas Bahu Ayah Diorang’ – Shuhada Shukri

Artikel Berkaitan: ‘Ada Je Kan Pergi Bercuti Bersama?’ – Dituduh Suka Burukkan Hafidz, Ini Respon Nurul Shuhada

Komen Shuhada

janna shuhada

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bersama Hafidz menyanyikan sebuah lagu berjudul Cinta Tiga Segi yang dipopularkan oleh Saleem.

Difahamkan ketika itu mereka berdua sedang menjayakan penggambaran sebuah drama.

Paling menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada pada hantaran tersebut.

Kena lagu ini dengan dia, menceritakan segalanya.

Janna kemudian membalas ringkas komen berkenaan dengan emoji ketawa.

Reaksi netizen

janna shuhada

Sementara itu, warganet juga dilihat turut terhibur dengan Shuhada namun ada juga yang memberikan reaksi kurang senang.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

 

View this post on Instagram

Sumber: Instagram Janna Nick

SKIP THIS AD ×