Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukur dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pagi tadi.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Kemungkinan Cerai Hari Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sama Sekali Tidak Membuat Laporan Palsu’ – Hafidz Roshdi Nafi Tuduh Shuhada Gugurkan Kandungan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan Pada 27 Julai
Sah cerai talak satu
Menurut Hafidz, dia berasa gembira segala proses hari ini dipermudahkan dan akhirnya mereka berpisah.
Saya bersyukur kerana hari ini saya sudah bercerai talak satu. Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormat privasi dan karier saya. Saya hormati keputusan tuan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini.
Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Hafidz iaitu c, mahkamah telah menerima permohonan yang dibuat Hafidz pada 22 Februari 2023.
Cerai hanya berlaku sekali sahaja. Tuntutan balas daripada Shuhada yang kata ada tuntutan sebelum itu pada 22 Januari, hakim tidak terima.
Hanya talak satu dijatuhkan, walaupun Shuhada mintak talak dua.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
@ohbulanofficial Replying to @K Sha WMCM Hafidz Roshdi Teruja?? ??#ohbulan #news #fyp #hafidzroshdi