Klip video temu bual Melodi bersama isteri kepada pelakon Hafidz Rushdi iaitu Nurul Shuhada pada Ahad lalu tular di media sosial gara-gara soalan panas yang diajukan penerbit, Michelle Wee.
Artikel Berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?
Keputusan dari klinik
Menerusi potongan rakaman itu, Michelle bertanya tentang ‘scanning’ yang dilakukan di sebuah klinik pada tahun lepas.
Kebetulan saya ada dapat maklumat *censor beep* scanning nama *censor beep* berlaku tahun lepas di satu klinik result menunjukkan beliau *censor beep*. You tahu pasal ini?
Susulan pendedahan itu, Shuhada kelihatan terkejut dan mempersoalkan dari mana bukti tersebut diperoleh. Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Hanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu perkara si dia (Hafidz) dan si dia (Athira). Itu saja saya boleh katakan. Saya memang betul-betul berserah kepada Allah. Allah akan adili sebaiknya.
Hamil ke?
Di ruangan komen, warganet mendakwa keputusan yang dimaksudkan adalah ‘orang ketiga’ hamil.
Selain itu, rata-ratanya memuji dengan sikap matang wanita berusia 29 tahun ini yang pandai menjawab setiap soalan hangat dan sama sekali tidak membuka aib Hafidz kepada umum.
Minggu lalu, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: TikTok