berita

[VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah

June 23rd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyampai radio Shuib dan usahawan, Watie Hanifiah sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 8.47 malam Jumaat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan ‘Salam Takziah’ Jadi Detik Perkenalan Shuib & Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta

Artikel Berkaitan: Shuib & Watie ‘Counting Hours’ Bergelar Suami Isteri -‘Semoga Allah Pemudahkan’

Sekali lafaz

Shuib, 38, yang memakai baju melayu berona putih kelihatan tenang duduk di sebelah bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

Pemilik nama Shahmira Muhamad dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dengan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Ustaz Zubairi Ghazali.

Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir kedua mempelai.

Bagaimanapun, hantaran dirahsiakan dan hanya dikongsikan kepada ahli keluarga sahaja.

Majlis yang mendapat sentuhan rekaan Melur Putih itu turut dihadiri oleh rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut.

Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Nora Danish, Zara Zya, Wan Sharmila, Marsha Milan, MK K-Clique dan Zulin Aziz.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

SKIP THIS AD ×