![[VIDEO] Shuk Sahar Luang Masa Dengan Anak-Anak, Netizen Doakan Murah Rezeki – ‘Dia Pernah Gagal Jadi Suami Tapi Dia Ayah Yang Baik’](https://media.ohbulan.com/2025/04/shuk-sahar-4.jpg)

Pelawak Shuk Sahar meraih perhatian netizen apabila dilihat sempat meluangkan masa bersama dua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi di Sandakan, Sabah, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Enggan Keruhkan Keadaan, Hormati Keadaan Isteri Sarat Mengandung – ‘Dah 2 Minggu Saya Kena Block’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Dedah Mesej Digelar ‘Papan’, Shuk Sahar Mengaku Tampar – ‘Aku Tak Bernafsu Dengan Kau, Geli’
Tanggungjawab sebagai ayah
@shuksahar #fyp? #fyp #hartaduniaakhirat ? original sound – shuksahar
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 39, membawa dua puterinya dengan berbusana baju kurung berwarna hitam ke Labuk Bay, Proboscis Monkey Sanctuary.
Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang memuji Shuk sebagai bapa yang bertanggungajawab walaupun berhadapan masalah rumah tangga dengan isterinya, Fara Salleh.
Netizen puji




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pelawak berusia 39 tahun itu yang tetap mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah pada anak-anak. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Shuk sentiasa dimurahkan rezeki agar dapat memberi nafkah pada kedua puteri tercintanya.
Sumber: TikTok @shuksahar






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
