berita

[VIDEO] Siap Kira Guna Jari, Gelagat Graduan Gelabah Jawab Sifir Cuit Hati Netizen

April 18th, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Bagi seorang pelajar, majlis konvokesyen antara hari yang paling ditunggu-tunggu dalam hidup. Segala penat lelah menghabiskan pengajian akhirnya berbaloi apabila segenggam ijazah berada di dalam tangan.

Pengguna Twitter, Shahrin Nadzir kongsi pengalaman gugup apabila ditanya sifir 15×15 oleh Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika menerima skrol di atas pentas. Lucu betul! Siap buat kira-kira lagi.

Ditanya sifir 15×15

Mendapat lebih 5k retweet dan 3k likes di Twitter, video yang dimuatnaik individu ini mencuit hati netizen apabila dia sedaya upaya menjawab sifir dalam keadaan gugup.

Di ruangan komen, graduan lain turut berkongsi pengalaman pernah ditanya soalan ketika konvokesyen oleh pro canselor yang sama.

Ada juga yang pernah kena

Ada juga yang pernah kena

Sumber : Shahrin Nadzir