![[VIDEO] ‘Nak Menyikat Tak Salah, Tapi Beli Sikat Dulu’ – Bos Mydin](https://asset.ohbulan.com/2025/09/mydin-tiga.jpg)
Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin) mengambil maklum berkenaan isu tular melibatkan sebuah keluarga yang mencuba sikat rambut Mydin sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Undi Jenama Kegemaran & Menang Ganjaran Sehingga RM6.8 Juta Dalam Pilihan Raya MYDIN 2025!
Hygiene

Menerusi muat naik video di TikTok, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemilik Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin menegur tindakan individu itu dengan menekankan mengenai kebersihan.
Kami memohon kerjasama semua pelanggan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sensitiviti produk.
Inilah dia, kita nak suka sikat rambut tapi janganlah dekat Mydin atau kat mana-mana saja. Inikan cerita hygiene (kebersihan), jadi nak menyikat tak salah, tapi belilah sikat tu dulu.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan telatah sebuah keluarga yang didakwa mencuba sikat rambut Mydin tanpa membuat pembelian.
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan keluarga itu yang tidak menjaga kebersihan.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)