berita

MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

June 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi rap popular, MK dari kumpulan K-Clique sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, kira-kira jam 9.35 pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: Tular Gambar Kekasih Tunjuk Cincin Di Jari, Netizen Dakwa MK K-Clique Sudah Bertunang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis ‘Bergenang Air Mata’ MK Pergi Kursus Kahwin, Puji Wangi Bau Dior Masa Bersalam

Sekali lafaz

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Ampang, Mahdi Mat Zain dan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 kepada Siti Hajaar beserta seutas gelang tangan emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Sementara itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis yang diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan teman rapat pasangan itu serta beberapa pihak media.

Pasangan itu juga bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.

Terdahulu, tular beberapa gambar di laman sosial yang mendakwa pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada Syawal lalu.

Malah, beberapa video ketika MK dan Siti Hajaar menghadiri kursus perkahwinan turut tular dan menjadi bualan ramai.

Sumber: Harian Metro (Georgie), Melodi

SKIP THIS AD ×