Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meletakkan niat kerana Allah atas segala urusan yang dilakukannya.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Akui Khilaf Promosi Produk Tanpa Selidik – ‘Terima Kasih Di Atas Teguran’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nak Berniaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan – ‘Suami Kata Lebih Baik Sedekah’

Niat kerana Allah

@syukfendi Kak Iti??? #fyp #fypmalaysia #fyp? #fyphariini #fypage ? bunyi asal – syukfendi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, akui suara yang dialunkan apabila bernyanyi adalah aurat bagi seorang wanita.

Menurut Siti, dia berserah kepada tuhan sepenuhnya.

Apa pun kita buat, niat kerana Allah.

Kadang kalau nak menyanyi pun, saya ingat Allah juga.

Walaupun saya tahu, ada yang cakap suara itu aurat, saya serah pada Allah.

Tidak lagi bernyanyi

Berkongsi lebih lanjut, Siti berharap agar suatu hari dia tidak lagi diperlukan untuk berada di atas pentas.

Tambah pelantun lagu Purnama Merindu itu, dia menyimpan hasrat untuk berpindah ke Tanah Suci dan hanya fokus pada ibadah.

Saya sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, saya tidak perlu lagi berada di atas pentas untuk menyanyi.

Mungkin saya boleh buat kerja-kerja amal.

Saya pun ada impian nak duduk di Mekah. Nak menghabiskan usia di sana.

Dalam pada itu, Siti memaklumkan dirinya sentiasa berdoa agar dikurniakan khusnul khatimah kerana pengakhiran hidup individu itu adalah yang paling penting.

Sumber: TikTok @syukfendi