![[VIDEO] Sofea Shra Dedah Pernah Terima Bayaran ‘Paid Review’ Hanya RM5](https://asset.ohbulan.com/2025/08/sofea-shra-.jpg)
Personaliti media sosial, Sofea Shra berkongsi realiti bergelar seorang pempengaruh dan ‘content creator’.
Artikel Berkaitan: Sofea Shra Masuk Hospital 5 Hari, Hidap Rabdomiolosis Selepas ‘Join’ Kelas Spin – ‘Kisah Yang Membuatkan Saya Hampir Mati’
Artikel Berkaitan: Bab Bisnes Tak Ada Harga Bergurau, Cik Epal Kenakan Bayaran RM100K Untuk ‘Review’ Produk Di TikTok
Pendedahan Sofea
Menerusi sebuah temu bual, Sofea memberitahu dia mula menghasilkan konten semasa dunia dilanda wabak Covid-19, meskipun tidak mempunyai latar belakang dari bidang yang sama.
Semasa saya belajar dalam bidang akaun, saya sedar itu bukan perkara yang saya mahu lakukan.
Saya ambil peluang semasa kita dilanda Covid-19, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tak keluar rumah dan TikTok belum lagi terkenal.
Saya rasa mahu mencuba dan dahulu saya post dalam 10 video dalam sehari.
Bercerita lanjut, Sofea mendedahkan dia pernah menerima bayaran yang murah ketika di awal penglibatannya sebagai pempengaruh.
Paid review pertama saya RM5 sahaja. Itu pun selepas banyak kali saya buat secara percuma.
Apabila kita nak mulakan sesuatu, ambil sahaja apa-apa pun sebab nak bina profil.
Wajah seiras
Dalam pada itu, ketika disoal tentang wajahnya yang dikatakan seiras pelakon, Sharifah Rose, Sofea menganggap perkara tersebut sebagai satu pujian dan melihatnya dari sudut positif.
Pada saya itu adalah satu pujian kerana Sharifah Rose sangat cantik orangnya.
Kami memang dah kenal antara satu sama lain sebelum saya mula menjadi conten creator lagi iaitu selepas habis SPM.
Sumber: TikTok Montigo