Pempengaruh media sosial, Sofea Shra, berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video memaparkan rutin solekan yang direka khas buat para ibu yang perlu menguruskan anak kecil pada pagi Aidilfitri nanti.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sofea Shra Dedah Pernah Terima Bayaran ‘Paid Review’ Hanya RM5

Artikel Berkaitan: Sofea Shra Masuk Hospital 5 Hari, Hidap Rabdomiolosis Selepas ‘Join’ Kelas Spin – ‘Kisah Yang Membuatkan Saya Hampir Mati’

Demo menggunakan bayi sebenar

@sfeashraa

special video untuk mak mak yang teringin nak makeup time raya nanti tapi takut tak terbuat sbb ada anak kecik🥹👩🏻‍🍼 so harini, i nak tunjuk SIMPLE and beginner-friendly makeup look untuk mak mak supaya you guys pun boleh cantik cantik di pagi raya nanti!🫶🏻 love you mommies!!🥰 I dh listkan apa i guna tapi boleh je pakai APA AP yang you dah ada ataupun yang available dkt drugstores🤭💓 Products Used: Anastasia Beverly Hills brow mascara Timephoria cushion foundation Timephoria liquid blush code Serene Pece Timephoria comtour stick code Solar Charlotte Tilbury compact powder Anastasia Beverly Hills mascara Anstasia Beverly Hills lipstick code “Kiss” and code “Crush” for ombre One Size setting spray Acuvue Define contact lens code Fresh Hazel #makeupmakmak #makeupmalaysia #raya2026 #makeupraya

♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Sofea mengetengahkan pendekatan unik dengan menggunakan bayi sebenar bagi menggambarkan situasi realistik yang sering dilalui oleh para ibu ketika bersiap.

Katanya, idea itu tercetus selepas menerima pelbagai maklum balas daripada para ibu pada tahun lalu, yang berpendapat demonstrasi sebelum ini kurang realistik.

Tahun lepas saya gunakan tumbler untuk tunjuk demo dekat para ibu di luar sana yang anda boleh lakukan makeup dengan satu tangan sahaja.

Tapi majoriti ibu-ibu tinggalkan komen dan cakap cara saya itu tidak adil kerana tumbler itu tidak sama seperti anak kecil yang banyak bergerak.

Jadi sekarang saya cari benda yang boleh bergerak dan banyak pergerakan.

Sekarang saya akan guna kipas.

Tapi saya ada jumpa sesuatu hari itu dan ia adalah benda yang paling dekat untuk kita samakan dengan situasi sebenar iaitu bayi kecil.

Netizen teruja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Sofea yang berani menampilkan realiti sebenar.

Sumber: TikTok