berita

[VIDEO] Suami ‘Bengang’ Dengan Isteri, Kertas ‘Confetti’ Jatuh Atas Makanan Majlis Hari Jadi Anak

August 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ibu Letupkan Confetti

Kegembiraan sambutan hari jadi bertukar menjadi kelam kabut apabila seorang ibu kepada seorang kanak-kanak membuat kesilapan sewaktu meletupkan confetti di majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan: ‘Allah Tarik Seorang Buat Hati Remuk, Tapi Allah Ganti 2 ..’- Kejutan Hari Ibu Rita Rudaini Undang Sebak

Kertas confetti jatuh atas makanan

Ibu Letupkan Confetti

Menerusi video yang dimuat naik @pirncesshermossa03 di TikTok, dapat dilihat wanita tersebut meletupkan confetti tanpa menutup makanan yang dihidangkan buat para tetamu yang hadir.

Tindakkannya itu telah menyebabkan kesemua makanan yang dihidangkan di atas meja habis dipenuhi dengan kertas confetti yang diletupkan itu.

Apa yang menjadi perhatian ramai ialah reaksi yang ditunjukkan suami kepada wanita tersebut yang kelihatan seperti sedang menahan kemarahan sebelum berlalu pergi sambil badannya dipenuhi dengan kertas confetti tersebut.

‘Tak sangka akan jadi begini’

@princesshermossa03 TOLONG BACA DULU? Begini cerita nya sebalik bfday yg ala kadar tu tp meriah , aq sebenrnya x expect mcm ni semua salah aq la jg x dgr ckp suami ckp sru letak kn tutup mknn dlu , bukan apa ba xda ruang rumh kcik jd smua mknn pun letak jk la dekat kek sng crita smua kaut kt stu sj la mknn.. jd masa hbis sj tiup lilin nynyi smua tu , strt la sy letop kn tu tp x sgka smua pergi mknn lekat,, menyesal sy ? jd kerja dua kali nsb ada spre mknn lg d dapur tpksa sy hidang kt ttmu, yg mknn kena liplap tu sy cuci balik sy tpksa msak blik smua nasi sj sy buang bgian atas?? dengan sy da bcantik2 tu ada plk sy p dapur ba masak blik??suami sy marah muka nya ba tu dn tgok reaksi muka ku yg tabah sbb trima kenyataan smua salah ku??cerita nya ni mhu ngis sm mhu ktwa pun ada?? jd pengajaran nya jangan tiru macam sy ya ibu2 ??? buat letop2 ni klu blh tutup dlu atau tmpt lain dr mknn, tp sbnrnya bnyk kja jg liplap yg bertaburan tu stu kja pling geram sdh la aq xda vacum hmhhhhhhh penat menyapu??????ok la tu la sj luahan coretan sy ingt tau jd kn pngjaran korg ketawa awas ar????? #fyppppppppppppppppppppppp #bfdaygirl #barbieday #bfday_celebration #lucutiktok #lawakviralmalaysia #fyp? #fyptausug? ? bunyi asal – Princes Ruhai Jefry

Dalam pada itu, wanita tersebut mengakui kesalahannya yang tidak mendengar nasihat suaminya untuk menutup makanan yang dihidang terlebih dahulu.

Saya sebenarnya tak sangka jadi macam ni. Salah saya juga tak dengar cakap suami suruh tutup makanan dulu.

Bukan apa, tak ada ruang (rumah kecik) jadi semua makanan pun letak je la dekat kek jadi senang semua ambil makanan di situ ja, menyesal saya jadi kerja dua kali.

Nasib baik ada makanan spare di dapur. Terpaksalah saya hidang makanan spare tu pada tetamu, yang kena kertas confetti saya cuci balik dan masik balik semua nasi.

Respon netizen

Ibu Letupkan Confetti

Ibu Letupkan Confetti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut sewajarnya mendengar nasihat yang diberikan suaminya itu supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara tersebut.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×