Sempena sambutan Hari Ibu anak-anak kepada pelakon jelita, Rita Rudaini membuat kejutan ringkas namun menyentuh hati siapa sahaja yang melihatnya.
Artikel Berkaitan: Anak Patah Tangan, Rita Rudaini Minta Netizen Henti Petik Nama Bekas Suami – ‘Sikit-Sikit Tanya Si Polan ..’
Artikel Berkaitan: Setahun Anak Hidup Berdikari, Rita Rudaini Luah Rasa Sebak – ‘Ryan Banyak Jadi Saksi Kesedihan Mommy’
Artikel Berkaitan: ‘Hebatnya Tenaga & Emosi Yang Allah Hadiahkan…’ – Rita Rudaini Throwback Video Anak Masa Kecil
‘Sentiasa bersama..’
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG), kelihatan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin memberikan Rita sebuah kad ucapan Hari Ibu yang ditulis dan dilakar sendiri serta patung anak kucing yang dibeli untuk ibunya.
Walaupun patah tangan akibat kemalangan ketika bermain bola sepak, anak sulung aktres ini gigih menulis ucapan dalam Bahasa Melayu dan juga dalam tulisan jawi.
Selamat Hari Ibu. Semoga murah rezeki, panjang umur dan sentiasa bersama kita.
Hati mommy menangis malam ini. Mereka ingat Hari Ibu. Selamat Hari ibu semua.
Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun ini secara berseloroh turut berkongsi kejutan anak-anaknya itu kurang menjadi gara-gara anak bongsunya Arjuna, membocorkan rahsia dengan meminta dibawa ke sebuah kedai untuk membeli hadiah.
Kalau adik tak bagitahu nanti mommy tak bagi pergi.. Mommy…tapi adik nak pinjam duit sebab adik lupa bawa dompet adik. Nanti adik bayar balik dekat mommy..
Netizen ‘touching’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang tersentuh melihat gelagat anak-anak Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar itu. Mereka juga memuji cara didikan pelakon itu yang berjaya melahirkan anak-anak yang bukan sahaja bijak malah menghargai pengorbanan ibu mereka.
Sumber: Instagram