Bagi pengguna aplikasi TikTok, segelintir pasti mengenali individu yang dikenali sebagai Abang Tesla yang sering berkongsi mengenai kereta mewah jenis Tesla miliknya.
Artikel Berkaitan: ‘Sering Tidur Di Rumah & Lebih Rapat Dengan Mak’ – Shila Amzah Nafi Siti Munirah Rakan Baik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cerai Jalan Terbaik, Perasaan Kami Lebih Tenang’ – Bekas Isteri Aziz M. Osman
Restu isteri pertama
Baru-baru ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.
Menerusi video yang dikongsikan, Abang Tesla berkata penikahan keduanya itu telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.
Malah, menurut Abang Tesla isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.
Tiga jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua. Saya dan isteri pertama solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.
Mungkin ramai yang kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi saya tidak! Saya tidak akan membelakangi isteri saya.
Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya.
Dalam hantaran sama, Abang Tesla turut memuat naik momen dia dan isteri keduanya diijabkabulkan.
Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.
Isteri yang baik adalah isteri yang taat pada suami dan menjaga maruah suami.
Selesai akad nikah kedua saya terus cari isteri pertama untuk pastikan dia tidak emosi.
Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina dimata manusia.
Netizen tak sependapat
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyuarakan pandangan berbeza dengan Abang Tesla meskipun dia menyatakan isteri pertamanya reda dengan perkahwinan tersebut.
Video
@abg.tesla Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami ? original sound – ABG.TESLA
Sumber: TikTok