berita

[VIDEO] Suami Isteri Buat Kejutan Beli Mercedes G Wagon Untuk Hadiah Birthday Anak

April 10th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Tiktok, viral rakaman video di mana pasangan suami isteri memberi hadiah kereta jenama mewah kepada anak mereka yang baru berusia lima tahun.

Asyik nak pegang kunci je

Menerusi Tiktok Farhana, dia dan suami bersepakat untuk membeli kereta Mercedes G Wagon sebagai hadiah ulang tahun kelahiran buat anak mereka, Fatima.

Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5. Happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik minta nak pegang kunci je.

Tambah Farhana, kereta tersebut merupakan permintaan anaknya. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, anak kecil itu kelihatan gembira sebaik sahaja penutup matanya dibuka.

Hasil carian di internet, harga kereta mewah tersebut dijual bermula pada harga RM1.7 juta sebuah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berharap Fatima menjadi anak yang solehah, berjaya dan membanggakan kedua-dua orang tuanya apabila sudah dewasa nanti.

Video

@farhanazahra91

Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ?????? happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha

? original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Sumber: Farhana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×