![[VIDEO] ‘Suami Tak Nak Cerai Ke, Ada Tanda Lahir Dekat Dahi?’ – Syamimi Afrina Dedah Terima Banyak Komen Negatif](https://asset.ohbulan.com/2025/07/syamimi-111.jpg)
Personaliti media sosial, Syamimi Afrina mendedahkan menerima pelbagai komen negatif daripada warganet kerana memiliki tanda lahir di bahagian dahinya.
Artikel Berkaitan: Bukan Tompok Kena Ludah Dengan Jin, Doktor Jelaskan Mitos ‘Tanda Lahir’
Artikel Berkaitan: Teruja Sambut BFF Bersalin, Wanita Terkejut Tanda Lahir Bayi Sama Macam Suami, Suami Mengaku Pernah Curang 30 Kali
Tanda lahir
Menerusi hantaran di TikTok Kool 101, Syamimi berkongsi, terdapat seorang wanita yang menganggap dia akan diceraikan suaminya hanya kerana tanda lahir tersebut.
Ketika itu saya sedang bersiaran langsung di TikTok, dan orang akan selalu bertanya dekat dahi saya ada apa.
Kemudian ada seorang mak cik bertanya, ‘suami tak nak cerai ke, ada tanda lahir dekat dahi?’
Saya rasa terkejut sangat, macam mana mak cik itu boleh terfikir soalan ini? Sedangkan sebelum saya kahwin suami saya dah nampak tanda lahir ni.
Bagaimanapun, Syamimi memilih untuk mengambil sebarang tindakan terhadap warganet yang meninggalkan komen jelik.
Buat masa sekarang saya tak ambil apa-apa tindakan, saya bersabar sahaja.
Tapi ada juga yang DM (direct message) saya untuk minta maaf. Tapi waktu bercakap tentang saya, mereka tak fikir pula.
Nasihat Syamimi
Justeru, Syamimi menasihati kepada semua individu yang berdepan dengan masalah yang sama supaya menguatkan mental kerana mereka akan sering dihujani pertanyaan tentang tanda lahir.
Syamimi juga berazam untuk tetap memberikan kesedaran bahawa memiliki tanda lahir adalah normal.
Bagi mereka yang ada tanda lahir dan kepada ibu bapa yang mempunyai anak sebegitu, saya tahu tak mudah.
Tapi saya nak awak tahu, kita kena bersedia dari segi mental sebab akan ada macam-macam soalan tentang itu.
Tetapi apa-apa pun, bila ramai yang tahu pasal tanda lahir ini..saya nak sampaikan ia sehingga ke tahap perkara ini bukan lagi benda yang pelik.
Sumber: Kool 101








