Mahalakhsmi Suap Makanan Kepada Kawan

Baru-baru ini, tular satu video yang begitu menyentuh hati netizen memaparkan seorang pelajar perempuan berbangsa India dikenali sebagai Mahalakshmi yang membantu memudahkan urusan seorang rakannya yang dipercayai berstatus Sindrom Down.

Artikel Berkaitan: Shaniena Natasha Dipuji Netizen, Bayar Zakat Pendapatan Lebih RM11K Meskipun Bukan Beragama Islam

Suap makanan

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Mahalakshmi sedang duduk dengan rakannya di kantin sekolah pada waktu rehat.

Apa yang begitu menyentuh hati wargamaya ialah tindakan kanak-kanak itu yang menyuap makanan sambil bersembang dengan rakannya itu.

Bukan itu sahaja, Mahalakshmi dilihat begitu ikhlas dan tanpa jempu melayan rakan istimewanya itu.

Netizen terharu

Mahalakhsmi Suap Kawan Makan

Mahalakhsmi Suap Kawan Makan

Mahalakhsmi Suap Kawan Makan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Mahalakshmi yang begitu sopan menyantuni rakannya itu meskipun mereka berbeza bangsa dan agam.

Mereka juga berpendapat, kebaikan yang ditunjukkan kanak-kanak tersebut adalah hasil didikan yang cukup bagus diberikan kedua ibu bapanya.

Sumber: TikTok, Aplikasi X